Tuesday, February 21, 2017

haaiiii.... oppssss.. Assalamualikum.

dok belek-belek aku punya blog ni.. suka update/ post 1 tahun sekali je ke acane ni.. hihi..

okay.. untuk life aku yang sekarang ni... hmmm... takde apa yang menarik nak cerita pun sebenarnya sebab???? hahahaha.. *gelak je la mampu

cuma status aku jelah yang dah bertukar dari single ada kekasih hati kepada single not available (tunang orang). baru sekarang aku rasa.. jadi tunang orang ni memang mencabar emosi, jiwa dan segala-galanya la. Mana tak-nya sebelum bertunang pun kena hadap orang ketiga, selepas tunang pun still kena hadap orang ketiga yang beza dia sebelum tunang orang ketiga tu still single so itu boleh consider lagi la. Tapi lepas bertunang orang ketiga dia memang dasyat betul-betul mencabar perasaan aku dekat Encik Tunang. huh!!!


Hari-hari yang aku lalui ni memang menyesakkan. Aku pun tak tahu la aku 😣 aku yang mulakan mencari masalah ke or memang da ditakdirkan Allah untuk uji aku. Tapi yang aku tahu Allah tak akan menguji hamba dia jika hamba dia tak mampu atau pun tak kuat untuk menghadapinya.


Kalau nak diceritakan macam mana aku dengan encik tunang tu boleh bertunang panjang kisah dia. Tapi yang penting aku bertunang dengan orang yang sama jadi pakwe aku since 2010. kalau diikutkan lama gila kot kami berkawan. Kalau kawen la kan mau anak da 3orang agaknya, even kami ni berkawan lama still aku masih belajar untuk kenal dia, dia pun masih belajar untuk mengenal aku banyak lagi sebenarnya yang kami berdua masih tak tahu each other walaupun dah nak masuk 7tahun pada tahun ni. Dia dan aku masing-masing dalam tempoh untuk berubah menjadi lebih matang dan dewasa untuk menghadapi setiap masalah, cuma kadang-kadang ada gak la memasing emo, Alhamdulillah bila berdua masalah itu boleh diselesaikan kerana kami berbincang cuma ada sesetengah benda tu kami tak berapa nak share la takut menyakiti hati masing-masing kot. 😅



OKLAH NANTI AKU SAMBUNG CERITA LAIN KALI JE NAH... DAH KEBULUR NAK MAKAN PASTU NAK START BUAT KERJA BALIK.. opsss lupa plak nak bagi tahu. sekarang aku sudah mempunyai kerjaya (kerja la) bukan student lagi eh.. cuma kerja yang sekarang ni CONTRACT je la. susah sekarang nak cari kerja yang betul-betul tetap. Mana yang ada tu sambar je la.. 😀😀 janji halal dan tidak melanggar undang-undang kan.